Tuesday, March 16, 2010

ketawa.. :))

Antara kesan positif ketawa ialah:



i) Ketawa dikategorikan sebagai stres yang baik atau kebalikan kepada stres yang jahat.

ii) Latihan membuatkan seseorang ketawa dapat menunjukkan peningkatan hormon-hormon yang baik

kepada tubuh seperti endorfin, neurotransmitter serta penurunan tahap hormon stres iaitu kortisol dan

adrenalin kerana ketawa merupakan proses fisiologi yang baik untuk tubuh manusia.

iii) Ketawa berperanan sebagai pengimbang kepada tekanan emosi

iv) Sistem imuniti tubuh akan berfungsi dengan lebih efektif kesan penurunan hormon-hormon jahat yang

berkaitan tekanan perasaan.

v) Ketawa membawa keseimbangan kepada kesemua komponen imuniti tubuh

vi) Tersenyum dan ketawa akan membantu tubuh mengeluarkan bahan kimia dipanggil endorfin yang

berfungsi memberikan tubuh perasaan sihat dan bahagia.



NAMUN, harus diingat bahawa langit itu tidak selamanya cerah. Apa sahaja yang dilakukan perlu dilakukan secara bersederhana kerana KETAWA juga boleh mengundang padah andai tidak mampu dikawal. Ini dibuktikan dengan beberapa kejadian di luar negara yang melibatkan kematian akibat ketawa antaranya:



1. Pada 24 Mac 1975, seorang lelaki, Alex Mitchell yang tinggal di Norfolk, England telah ketawa terbahak-bahak menonton komedi kegemarannya, The Goodies. Setelah ketawa selama 25 minit, dia tiba-tiba rebah dan jatuh di atas sofa dan terus meninggal dunia akibat kegagalan jantung.



2. Seorang lelaki di Thailand tiba-tiba ketawa di dalam tidurnya dan berhenti bernafas. Seorang doktor menyatakan bahawa seseorang itu boleh mendapat serangan jantung semasa menangis atau ketawa di dalam tidur.



3. Pietro Aretino, seorang penyair dan penulis drama berunsur satira di Itali rebah pada 21 Oktober 1556 semasa berjenaka. Doktor mengesahkan kematian beliau sebagai 'lemas akibat ketawa'.



Begitu juga beberapa kes yang lain. "Banyak ketawa boleh mematikan hati". Barangsiapa yang menghayati ayat ini pasti akan dapat memahami dan lebih mengerti. Justeru, entri ini hanya sekadar berkongsi info yang dapatlah kiranya sama-sama diperhalusi.



Sumber: MASTIKA, OKTOBER 2009.

No comments:

Post a Comment

kindly leave ur comment here.tq :)