Saturday, July 3, 2010

Tembakau bencana untuk wanita!!!

Penekanan terhadap perokok wanita muncul dengan kebimbangan sejagat setelah didapati jumlah perokok daripada kumpulan ini meningkat begitu ketara dan kemudaratan yang menimpa adalah lebih berat daripada lelaki.

Pendedahan kepada rokok membahayakan wanita lebih daripada lelaki. Selain daripada kanser serta masalah jantung dan pernafasan, wanita juga akan mendapat masalah kesuburan dan akan menghadapi risiko semasa mengandung dan kelahiran.

Risiko seperti keguguran, bayi tidak cukup umur atau bayi mati dalam kandungan adalah lebih tinggi bagi wanita yang merokok ketika mengandung. Merokok juga meningkatkan risiko bagi menghidap kanser payu dara dan kanser rahim sebelum mencapai menopaus.

Perokok wanita juga menghadapi risiko tinggi terhadap COPD (masalah pulmonary obstruktif kronik) yang menyebabkan kadar kematian lebih tinggi dibandingkan dengan HIV/AIDS setiap tahun di dunia.

p/s: kpd kwn2 yg merokok, dinasihatkan berhentilah..xkire ppuan or llki..sbb rokok lbey byk bg kte mudarat dr kebaikan or keseronokan..berhentilah anda sblm anda diberhentikan.. :)

No comments:

Post a Comment

kindly leave ur comment here.tq :)